Impak Maksima...kali ni ade music punye

Friday, November 7, 2008

"Impak Maksima: The Musical"




Things looking good for Zul Huzaimy-led "Impak Maksima: The Musical", RM20 tickets already sold out within five days.

**************************************************************************

Dari drama ke filem... menggegarkan panggung... dan dari filem pula diusung ke pentas Panggung Sari, Istana Budaya... Impak Maksima The Musical, ada lakonan, tarian dan nyanyian. Bagaimana senario yang akan dipertontonkan?

Bakal dipertontonkan kepada masyarakat pada 11 November hingga 22 November 2008, bakal memberikan kelainan.

Bayangkan, bagaimana sukan drift diimplementasikan di pentas paling moden di Malaysia ini. Khabarnya, kereta drift turut berderum di pentas ini dan untuk itu, satu lapisan tar untuk membolehkan kereta berpusing akan dibina.

Ianya memakan perbelanjaan yang besar dan ini akan ditanggung oleh Excellent Pictures yang bekerjasama dengan Istana Budaya dan Global Network Entertainment Sdn Bhd.

*******************************************************************

Sinopsis Teater Muzikal Impak Maksima The Musical


Teater ini mengisahkan seorang remaja bernama Ayie (lakonan Awal Ashaari) bersama dua rakan karibnya iaitu Loyai dan Amran yang sentiasa terjebak di dalam sukan permohonan drift. Mereka obses dan gemar serta terlibat dengan lumba haram.

Saingan utama Ayie ialah Ray dan mereka bersaing untuk bergelar jaguh Drift jalanan.
Seperti jalan cerita dalam drama dan filem, dalam teater ini juga, Ayie dan Loyai adalah pelajar di kolej swasta. Amran adalah seorang mat rempit dan bekerja sebagai mekanik di bengkel Adam. Suatu hari, ketika kemasukan pelajar baru, Ayie telah bertemu dengan Eva Lyana seorang freshie yang cukup popular.

Malangnya Eva tidak berminat dengan Ayie. Namun, Ayie tidak berputus asa dan berusaha sedaya upaya untuk memikat hati Eva.
Apa yang tidak diketahui oleh Ayie ialah Eva sebenarnya adik kepada Ray yang sentiasa mengawasi pergerakan adiknya.

Apabila Ray mendapat tahu yang Ayie sering mengganggu Eva, Ray bersemuka dengan Ayie. Di situ berlaku pergaduhan dan Ayie dibelasah dengan teruk. Eva simpati dan dari situ bermula bibit cinta antara Ayie dan Eva.


Satu hari, Eva didatangi seorang gadis bernama Mimi. Kehadiran Mimi memeranjatkan Eva sebab Mimi memperkenalkan dirinya sebagai kekasih Ayie. Eva kecewa. Ayie cuba menjelaskan keadaan sebenar pada Eva bahawa Mimi adalah bekas teman wanita dan mereka hanya kawan sahaja.
Ayie cuba bertemu Eva tetapi malangnya Ray yang hadir. Sekali lagi, Ray memberi amaran kepada Ayie supaya menjauhi adiknya.

Kali ini Ayie mencabar semula Ray untuk berlumba dengannya dan kalau dia kalah, Ayie tidak akan mengganggu Eva lagi. Ray bersetuju dan mereka telah menetapkan satu tarikh.
Siapa yang menang perlumbaan ini? Dapatkah Ayie mengamit semula cinta dari Eva? Segalanya terjawab dalam teater arahan Ahmad Idham ini.

Nota kaki:: aku dh book tiket n byr sekali kat presint 16 td...huhuhu...sape yg bakal ikut??mestila dier1 dan dier2...hahahhha

5 comments:

nusk said...

nak itut....X)))

nhusna said...

yeye..dier1 tu sayer la..hehe

nasaoji said...

dah tgk?..best tak?...jyah..jum...rabu@sel nih...

-reha- said...

To nusk:: ala....jom ajak odah...aku nk join jg la...aku ni baru belajo nk pg tgk...

To noni:: jom jom esok okk!!

To odah:: ajak aku jg wei!!tp cite lain la

nusk said...

best tak babe?? hehe esok aku tgk ngn cik nsaoji..reha tqs 4buy us the ticket-)