Seraaammnyeeeee........

Tuesday, November 4, 2008

Arini nk cerita ttg drama seram kat tv3 yg aku follow..."KEKASIHKU SERU"....cerita ni ade 13 episod...kalu aku miss 1 episod...aku ade pembekal yg bole bg aku video utk episod mgu tuh...aku pow fakri video2 cite ni coz umah dia ade internet yg kukuh...so,dia bole download...hahahhah

Dan bile tgk kat umah...ana, noni n along mesti akan tgk same...(mmg ktorg satu umah follow cite ni)...tp sejak ade Amazing race Asia yg 3rd kali ni...kami terpaksa bertukar2 channel utk tgk kedua2nye krn wkt siaran SAMA!!cuma lewat 1/2 jam....

hum....dh nama pun cerita seram kan...mesti la ade part2 yg patut korg n ktorg menjerit!!!!!huhuhuuh...tp aku rase mmg satu malaysia akan menjerit bile tgk hantu2 yg keluar mengejut!!haih!..kami kat umah ni tgu mase aje nk kene serang dgn jiran2 sekeliling...

skang cite kekasihku seru dah abis dah....hum...tp aku rase ade sambungan Kekasihku Seru 2 coz ending dia aritu mcm tergantung...watak Waris masih hidup!!ingtkan dh mati...so mcm mane dgn keturunan Marissa plak??dh selamat ke??coz dia baru lahirkan baby hasil perkahwinan dia dan Rasyad.....same2 kita nantikan....

Kekasihku Seru yang menggabungkan unsur mistik dan kisah cinta ini mengisahkan Waris (Hairi Othman) yang tidak boleh melepaskan cintanya jika dia hendak hidup untuk selama-lamanya. Waris sudah mati 100 tahun yang lalu tetapi dihidupkan Mastura (Emelda Rosmila)....Emilda lakonkan 2 watak....dia juga adalah Marissa. Untuk sentiasa hidup selama-lamanya, Waris mesti mengahwini waris Mastura turun temurun. Kehidupan Waris selama ini bergantung kepada keturunan Mastura zaman berzaman.

Sementara itu, Marissa hanya mengetahui dirinya anak angkat selepas kematian ibunya. Berbekalkan surat yang dijumpai dalam peti simpanan ibunya, Mastura cuba menjejaki siapakah ibunya yang sebenar dan mengapa dia diberi kepada keluarga angkatnya. Dia kemudian bertemu pasangan adik beradik Mas Suri (Umie Aida) dan Mas Ayu (Kuza) di sebuah rumah penuh misteri. Dua beradik ini mempunyai perangai berbeza.

Pelakon2 citer ni best gak....ramai yg glemer2....

Dibintangi oleh:

Emelda Rosmila
Hairi Othman
Umie Aida
Kuza
Fizz Fairuz
Rose Iskandar
Ahmad Mazlan

=============================================================

Slot baru drama seram kat tv3!!!!
‘Puaka Nyiang Rapit’
pelakon2 dia pun not bad gak!!

perhati gamba ni betul2....ade hantu kat bwh tu!!!huhuhu...gimik arrr

Kisahnya bermula di sebuah kampung iaitu Nyiang Rapit. Penduduk di kampung itu mempercayai menjelang malam sebelum tahun baru Islam akan muncul satu kuasa ghaib cukup mengerikan. Adalah dipercayai, setiba malam itu, seorang penduduk pasti menjadi mangsa korban Nyiang Rapit. Jika anda tinggal di perkampungan Nyiang Rapit, anda mungkin menjadi mangsa seterusnya.

Itulah sinopsis drama siri seram terbaru ‘Puaka Nyiang Rapit’, bakal menambahkan keseraman anda di malam Khamis, pukul 9.30 malam, bermula 6 November nanti di TV3. Jika sebelum ini anda sering dihantui teman misteri di dalam ‘Kekasihku Seru’, kini, ‘Puaka Nyiang Rapit’ bakal mencari mangsanya.

‘Puaka Nyiang Rapit’ berkisar mengenai kepercayaan karut dan syirik yang menjadi pegangan penduduk tersebut. Apabila manusia mula hilang pertimbangan, maka mereka akan menjadi korban. Penonton pasti merasai ketaksuban kuasa ghaib yang dipaparkan melalui sentuhan kreatif pengarah hebat, Ahmad Idham.

Antara sebab musabab awal aku akan menonton cerita ini ialah:::

ada Lyana Jasmay...aku start minat dia mase dia jd heroin cerita bersiri KAMI! salah satu bakat muda yg aku kagumi...dulu ingt lagi mase dia berlakon time kecik2....sgt cumilll...hope dlm cerita ni dia dpt menarik minat aku lg utk tgk....
siri ini baru mahu bermula lol, hari khamis ini. Tarikan awalnya itulah.
Tapi kalau cerita tak best, aku pun kurang rasa mahu menonton. tak gitu !

Nota Kaki:: aku selalu takut balik umah mlm2 bile dh lewat....gara2 tgk cerita2 seram ni...hehehhe... tp bukan takut hantu sebenarnye..tp....takut....takut.....takut sekor kucing kat area umah aku yg pakai loceng kat leher...dia selalu muncul secara tiba2....oklah korg...selamat menonton ek!!