gigi bongsu

Thursday, November 27, 2008

Latar belakang

Gigi bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan. Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.

-erk!!!betul2...gusi aku tak ckup ruang kot...tu yg tumbuh tak betul-

Apakah komplikasi gigi bongsu terimpak?

Gigi bongsu yang terimpak boleh menyebabkan:

  • Kesakitan- mmg sakitt okkk!!!
  • Jangkitan
  • Kebengkakan- pipi aku bengkak sebelah neh
  • Penyakit gusi
  • Nafas berbau
  • Kerosakan gigi (karies) pada gigi bersebelahan
  • Kesukaran membuka mulut

Bila anda perlu berjumpa doktor pergigian?

Jumpa doktor pergigian jika berlaku keadaan seperti berikut:

  • Kebengkakan gusi di sekeliling gigi bongsu- mmg dah bengkak skang...sob sob sob!!
  • Kebengkakan muka- bengkak jgk!!
  • Kesukaran untuk menelan
  • Kesukaran membuka mulut
  • Demam- belum lagi demam...esok kot

Bagaimana anda boleh melegakan kesakitan?

Dapatkan rawatan secepat mungkin.

Anda boleh mencuba petua berikut bagi melegakan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:

    • Makan ubat penahan sakit.
    • Berkumur dengan air suam yang dicampur sedikit garam.
    • Gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah gigi.
    • Hisap ketulan air batu supaya gusi menjadi kebas.

Rawatan oleh doktor pergigian

Rawatan berikut mungkin diberikan oleh doktor pergigian:

  • Gigi dan gusi dibersihkan dan dicuci dengan air saline (air garam).

  • Antibiotik diberi jika ada tanda-tanda jangkitan (infeksi).
  • (a) Jika gigi bongsu tidak terimpak :
    - gusi yang berlebihan perlu dibuang (insisi).

  • (b) Jika gigi bongsu terimpak dan masalah berulang :
    - gigi perlu dicabut melalui pembedahan.

X-ray gigi berkaitan mungkin perlu diambil untuk menentukan kedudukan gigi tersebut.


=============================

aku sedang mengalami masalah ketumbuhan gigi bongsu....Tuhan sj yg tahu!!tp still bole tahan lagi...cuma susah nk makan...adehhh


Nota kaki - balik ipoh mlm ni...i jeles kat my adik2 coz dorg ikut my parents g kenduri sambil holiday ke pahang!!

13 comments:

Anonymous said...

laa.. baru tumbuh gigi bongsu kee.

aku pun baru je few months back.. tapi sakit kejap jee.. lame2 ok la tuh.. hehehe...

saizulhafiz said...

owh...kalo sakit gigi saje??

agHoo said...

patutla xmatang baru nk tumbuh gigi bongsu..uh uh uh..

Call me -fa- said...

to fawaz - aritu dh tumbuh belah lain...yg ni belah lain plak

to apit - kalu sakit gigi sj maknenye gigi kamu ade masalah...berlobang ke..berkarat ker...dan lain2 ber...

to aghoo - erk!!ape matang2 neh??mmg matang lol

LeLs said...

memang sakit giler ok..

aku dah rasa..

bengkak gile pp masa tuh..

nak cakap tak boley..

nak makan pun tak lalu coz sakit nye nyut-nyut..

ko try kumur dgn bactidol(mcm ubat kumur)..

sakit tu kejap je..tapi masa nak hadapi tuh,gile babeng punye saket..

hehe~

Anonymous said...

dua2 gigi bongsu aku yg kat belas atas dah kena cabut! aman damai skang, hahaha

Husna said...

sakit lg ke fa??abah noni ckp kena mkn antibiotik...

unicorn said...

byk-byk tempat, klinik gigi laa aku paling mls nak pi...ngilu woo

ReeNDu said...

apsal aku nye gigi bongsu cam tak tumbuh lg je aaa? aku tak penah pon demam2 lg sbb gigi.. takkan tak matang lg kot? huhuuh

Call me -fa- said...

to lela - "bactidol"...mcm ubat suh tido aje

to ani - eeeuuuwww.....cabut??sakit tak?

to oni - sakit la jugak ari sabtu n ahad aritu...susah nk kunyah nasik myk n ayam msk merah at kenduri odah

to unicorn - aku selalu g kelinik gigi...coz mak aku keje kat situ...hihihihh...senang aje nk dpt turn

to reen - erk!!ko consider tak matang lagik

Diana Ishak said...

cuba ko sakit gigi pastu orang tanya ko soklan yg sama 3-4 kali, rasa panjang je tangan ko nak melekat kat muka dia kan?

Anonymous said...

dah kena bius takde la sakit.. tp injet 2 kali r.. tu sakit wooo! hahaha.. tipu je ;p

Call me -fa- said...

to green apple - hah!!!!kak Di visit blog saye????mmg pnjang tgn la kalu org ggu kalu tgh sakit camni okkk

to ani - serius aku takde experience kene inject2 kat gusi....hum...nk kene merase ke?